7/24/2011

Back to nature.


Tatia yang keliru.

Gambar ini diambil beberapa saat sebelum Tatia dilepaskan ke dalam sawah. Kelihatan Tatia sedikit murung dan kecewa kerana boyfriend beliau : Tomi Tomi telah melarikan diri beberapa hari selepas mencuri-curi dengar perbualan Encik Anuar, Puan Salmi, & Cik Ati yang berhasrat menghijrahkan mereka ke sungai berdekatan. Motif pemergian Tomi Tomi tanpa girlfriend beliau masih kurang jelas kerana tidak diketahui sama ada faktor fizikal Tatia yang tidak mampu memanjat telah menjadi halangan atau Tomi Tomi berhasrat untuk hidup sendiri dan mengangap Tatia tidak lebih dari seorang teman. Dengan ini, semoga Tatia terus sukses mencari pasangan.

Update : Selepas Tatia dilepaskan, dan dan je, Tomi Tomi telah dijumpai di bawah almari dalam keadaan yang lemah. Oleh itu, Tomi Tomi juga turut dilepaskan di dalam sawah yang sama dengan girlfriendnya. Dengan ini, semoga jodoh mereka kekal di sana.

Note : Aku lega dah lepaskan Tomi Tomi dan Tatia. Melepaskan sesuatu dalam jagaan atau ingatan bukan bererti kasih sayang dah pudar. Aku cuma percaya jiwa mereka meronta-meronta mahu kembali pada alam sekitar. Aku tak patut buat-buat tak sedar.

Tomi Tomi yang buntu.

7 comments:

Anonymous said...

cmne kalu tatia jejalan kat sawah tetibe jatuh pastu ilang ingatan..? argghh.!!

ish.xsyg ker. c0mei tu..

Surat Untuk Hujan. said...

HAHA. Harap-harap ingatan diorang kuat la. HEHE.

Mesti lah sayang. Sayang sangat-sangat. Tapi melepaskan adalah lebih baik sebab sebaik-baik tempat Tomi Tomi dan Tatia adalah alam sekitar ;)

Nizam Ijam said...

comel nyer binatang tu :)



” Nizam Ijam Dot Com”

Surat Untuk Hujan. said...

Thanks on behalf of them ;)

NZ said...

sedih :( tomi-tomi kuuuuu

Idah said...

yahhhh semua bebas.....sokong!!

Surat Untuk Hujan. said...

Kan Idah? ;) Kembali kan mereka ke alam sekitar ;) Kerana sayang ;)