7/13/2011

Kawan.

Sewaktu di dunia, semua orang perlukan kawan. Tak kira, kurus, gebu, tinggi, rendang, putih, mendung, normal, istimewa : kalau dah wujud rasa selesa dalam hubungan, kasih dan sayang terang-terangan menolak faktor fizikal. Dengan itu, unsur paksaan takkan pernah wujud dalam berkawan melainkan ada udang di celah mee, ada api di sebelah batu, atau ada topeng di sebalik wajah. Perkara paling mudah untuk menguji keserasian di antara dua orang sahabat akrab adalah dengan memerhatikan 1) kesetiaan kedua-duanya sewaktu gering juga getir dan 2) kemampuan kedua-duanya menjadi diri sendiri tanpa perlu menjadi hipokrit. Bagi aku, statement 'kau kawan baik aku' 'aku kawan baik kau' tak perlu keluar macam air kalau sekadar bercakap di atas angin. Bak kata Oprah Winfrey 'ramai orang mahu menaiki limosin bersama kamu, tetapi apa yang kamu mahukan adalah seseorang yang sanggup menaiki bas ketika limosin kamu rosak' (eh, Oprah Winfrey cakap Melayu).

Sementelah bercerita tentang teman, aku teringat kenangan 17 tahun yang lepas. Sebagai tanda perkenalan, aku edarkan pisau cukur pada kawan-kawan. Yang menerimanya bikin hal, pergi hiris tangan. Tak pasal-pasal aku kena panggil dengan cikgu tadika untuk kesalahan mengakibatkan kecedaraan. Tapi sebenarnya, sehingga ke harini, 23 tahun dalam buku, aku masih tak tahu apakah motif sebenar penyebaran pisau cukur oleh aku. Mungkin aku sedikit teruja mencari kawan. Mungkin juga sekadar naluri murid enam tahun untuk berteman. Atau mungkin aku berfikiran : to gain is to give especially in friendship. Bila umur dah makin meningkat, I still agree with the power of giving but I am no longer being an extremist like I used to be at the age of six. In a way, aku sekadar senyum, bertegur sapa, bergaul, dan beraktiviti untuk mencari kawan yang benar-benar boleh diklasifikasikan sebagai kawan. Yang indah disayang-sayang, yang luka jadi kenang-kenangan. Tak semua persahabatan perlu dikekalkan. Terutamanya apabila melibatkan hubungan dengan 1) si batu api 2) si penikam belakang dan 3) si innocent party yang mendengar perkara yang tidak benar tentang aku tetapi memilih untuk berdiam diri. Therefore, I maybe a bit cruel but I choose to leave them.

Aku pasti tersenyum setiap kali terjumpa pisau cukur. Yang tak pasti, am I giving Gillette blade? Membazir duit apak aku asyik beli pisau cukur je.

Note : Mesti pandai bezakan kawan yang patut dijauhi dan yang layak dihargai.

2 comments:

Hati Tisu said...

ati .... agak3 lah ... pisau gillete tu oi . mau kelar tgn sendirii

Surat Untuk Hujan. said...

KAHKAH. Sebaek aku tak pernah bagi ko kan? Tak pasal2 ko baling balik kat aku. HAHA.