7/30/2011

Melayu.

Sudah lama aku perhatikan, bangsa tubuh dan jiwa aku iaitu bangsa Melayu mudah benar menghina dan memandang rendah orang-orang sebangsa sehingga terlupa dalam kad pengenalan mereka juga tertera bangsa dan agama yang sama. Setiap kali berbicara tentang apa sahaja (terutama sekali perkara yang melibatkan wang dan kuasa), menghina dan memandang rendah bangsa Melayu sudah tidak menjadi kesalahan kerana yang 'berkata-kata' adalah dari golongan 'cendekiawan'. Namun di sini, dengan maksimum penekanan, mengkritik dan memperbaiki kepincangan serta mencaci dan merendahkan kedudukan adalah dua perkara berbeza kerana terlalu ramai paranoid yang beranggapan mereka menasihati dan membangunkan tetapi sebenarnya menggunakan bahasa yang memaki dan mejatuhkan. Hasilnya, wujudlah sesetengah-Melayu-over-fighting-untuk-bina-pertahanan-diri dan sesetengah-Melayu-malas-nak-fighting-sebab-asyik-kena-hentam-bertubi-tubi.

Sesungguhnya, inilah realiti yang sedang kita hadapi. Sedar tak sedar kisah ketam Melayu dan ketam Cina di dalam bekas, ada benarnya juga. Dalam kategori ketam Melayu (berkemungkinan besar mempunyai isi yang sedikit gebu), golongan over-fighting-untuk-bina-pertahanan-diri memang takkan kasi ketam yang lebih cerdik untuk keluar dari bekas yang terbuka sebentar penutupnya dengan bermacam-macam cara. Tak kira menikam dari tepi, belakang, mahupun depan, yang penting, mereka sama-sama terperangkap dalam bekas kalau diri sendiri tak mampu lepas. Tapi sekiranya salah seorang dari mereka berhasil untuk keluar, menoleh kebelakang adalah impossible dan hasrat untuk mengajar yang lain untuk berjaya sungguh rare. Bagaimanapun, golongan-malas-nak-fighting-sebab-asyik-kena-hentam-bertubi-tubi pula lebih parah, tak berminat langsung untuk keluar. Kemungkinan besar takut cengkerang pecah jatuh ke tanah atau gentar dijumpai dan dimasak lemak cili api. Oh ya, tentang ketam cina, tak perlu banyak cerita. Lihat sahaja dunia perniagaan swasta. Mereka tidak pernah meragui kebolehan fizikal, akal, dan jiwa mereka. Namun aku percaya suatu hari nanti bangsaku akan lebih hebat dari itu kerana segalanya bermula dari aku sebagai seorang individu dan merebak kepada kamu, kamu, dan kamu. Seagung kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dahulu.

Note : Kata-kata yang dipetik dari Meng Tze, seorang pemikir dari negara China pada 300 sebelum Masihi : apabila sesuatu bangsa menghina dirinya, ketika itulah bangsa lain turut menghinanya. Sekali lagi ditegaskan, mengkritik dan menghina merupakan dua perkataan dan perbuatan yang berbeza.

Esok merupakan satu Ramadhan. Ketam masak lemak cili api mampu mengugat pandangan.

5 comments:

madmal said...

eii..sedapnya ketam....

Surat Untuk Hujan. said...

Ketam untuk berbuka. NYUMNYUM. HEHE.

MSMMMR said...

bawalah sebanyak mungkin ketam2 lain keluar dari bekas tu..and still one is better than nothing..

madmal said...

hehe. lepas nie rebus kura2 pulak. hehe

Surat Untuk Hujan. said...

@MSMMMR : It is true that one is better than nothing and that one should apply your first statement ;) Ayuh ;)

@madmal : Kejam sih! HAHA.