5/13/2011

2011.

Entry ini sekadar untuk menceritakan tentang kehidupan aku di tahun 2011.


Particularly, nothing much I can say about my 'January till April moments' because sincerely, I don't love it. Sepanjang waktu tu, aku langsung tak blogging. Neurons otak aku penuh dengan assignments & tests (which I don't know whether the neurons were connected or not) sampai aku rasa aku patut buat tarian gemuk depan faculty biar 'diorang' taw betapa stressnya aku nak layan dugaan. Hurmmmm, kalau 'diorang' taw aku tengah super duper serabut mesti diorang tak sampai hati nak buat aku sedih kan? Siapakah 'diorang'? Nobody, maybe it just a bunch of people or collection of memories, please don't assume :) Tapi, kalau nak cakap hidup aku time tu 100% sucks pon tak leh gak. Sebab macam biasa, setiap kali ada masalah aku akan pulang kepada mereka yang aku sayangi & menyayangi aku. Bagi aku, itulah rahsia kebahagian. Kegembiraan aku yang paling nyata untuk empat bulan pertama tahun 2011 bila aku sekeluarga bercuti ke Pulau Besar. Terasa comel bila masing-masing memekak pastu tergelak macam batak sebab tidur berhimpit-himpit atas satu katil sampai terteleng-teleng. Seram sejuk okay, kena himpit dengan Anis & Ika. Tapi rasanya, lagi horror cerita ayah tentang pengalaman dia menuntut ilmu silat kat Pulau Besar. For real, Ayah pernah jumpa penghulu kampung bunian. Peh, siap borak-borak. Masa kitorang jalan-jalan satu pulau, Ayah tunjukkan semua tempat-tempat yang Ayah pernah lepak termasuklah tempat-tempat makhluk halus selalu berkumpul. Nasib baik instinct aku tentang alam ghaib dah takde (I will talk about this later) so Alhamdulillah takde pape perkara buruk yang terjadi sepanjang dua hari. Paling syok mandi swimming pool sebab bila empat budak 'gebu' berlari, melompat, & terjun masuk kolam, air splash besar tak hingat. HEHE. InsyaAllah, we will plan for another vacation :)

Dan sekarang, cuti semester dah bermula. Secara rasmi, dah 11 hari di rumah menikmati dunia. Aku siap text dalam phone ape yang aku buat start dari hari pertama cuti sampai lah ke hari ni. Aku betul-betul nak hargai ape yang aku sedang lalui sekarang. Aku akan buat segala macam perkara dan dapatkan segala macam benda yang aku suka & mahu. This is because Roslaneffandy had told me his way of life: do things that you love. Yeah Lovie, I want to follow your rule!

Dengan ini saya berikrar.
Sepanjang hayat ini akan.
Merancang kehidupan dengan baik.
Chill dengan perkara, benda, dan orang yang saya cinta.
Melaksanakan perancangan yang sudah tetapkan.
Chill dengan perkara, benda, dan orang yang saya cinta.
(Plan the action, chill & wait for the perfect time, act the plan, chill & wait for the perfect result)

Saya juga berikrar.
Sepanjang cuti sem ini akan.
Tidak bermatakan panda.
Makan makanan yang marvelous.
Dancing tarian gemuk.
Menonton movie sampai kecut.
Baca buku tambah vocab.
Menjadi seorang gamer yang tegar lagi sejati seperti Roslaneffandy.
Try new outfit.
Explore new things.
Travel for experience.
Spend quality time with family and friends.
Carik duit dan pelaburan untuk masa depan.

Berikrar sambil berdiri tegak.

No comments: