4/28/2011

Fyn Athira (Part 1).

Malam ini seperti malam-malam terdahulu. Kelihatan pekat. Ditemani lampu jalan & bau-bauan dari gerai. Fyn yang sekadar memakai t-shirt putih, jeans hitam, & selendang oren, berkira-kira, sama ada dia patut terus pulang atau lepak 'mapley' lebih lama dari biasa. Otak sebelah kiri kata balik tidur sampai pagi lagi baik. Otak sebelah kanan kata lepas 'mapley' lepas stress kat 'Uptown' pulak. Terkedip-kedip mata Fyn berfikir mana satu yang dia patut pilih. Fyn tak sangka di hari jadi dia, hanya dua pilihan tu yang ada. Sudahlah pagi tadi datang lewat ke pejabat sebab jem teruk. Tengahari terlepas meeting penting sebab sakit perut. Petang kena marah dengan bos sebab hilangkan fail. Malam pulak keluar makan sorang-sorang tanpa teman. Hadiah hari jadi yang lengkap untuk Fyn, yang baru sahaja berkerja di Kuala Lumpur untuk memulakan hidup.

Tapi, sepatutnya makan malam Fyn kali ini bertiga. Mya & Annis dah janji nak makan sama-sama tapi lepas dua jam batang hidung pun tak nampak. Bagi message tak reply, call tak angkat. Ikutkan hati memang Fyn rasa nak tanam dua orang kawan dia tu, tujuh kaki bawah tanah. Tapi dia tahu orang dah berpunya memang banyak komitmen. Mungkin Mya terlupa sebab Ajis ajak keluar. Mungkin Annis tak ingat sebab Nas jemput dia dari pejabat. Akhirnya, sedar tak sedar, tiga gelas limau ais dan 30 cucuk sate, termasuk Mya & Annis punya, habis licin Fyn bedal.

"Alhamdulillah. Ah, tak guna balik rumah. I need a walk." ayat-ayat awal Fyn yang keluar selepas selesai makan. Orang selalu cakap perut kenyang hati senang. Tapi bagi Fyn waktu tu, walaupun super kenyang, hati dia extra tak tenang. Jadi dengan pantas Fyn ke kaunter untuk jelaskan bil. Kunci kereta digenggam kemas dalam tangan.

"Hai awak. Sorang je ke?." Entah dari mana suara seorang lelaki muncul. Fyn yang sedang membelek-belek handphone, terkejut dan tersentak. Matanya menangkap sekumpulan lelaki yang sedang lepak-lepak. Seraya itu, Fyn terus saja buat tak tahu. Dia tak nampak sebarang alasan untuk dia melayan pertanyaan lelaki yang dia tak kenal. "Awak dari mana nak ke mana? Nak kitorang temankan?." Kedengaran suara seorang lelaki yang lain pulak. Mukanya Fyn tak berapa nampak. Fyn sekadar mempercepatkan langkah untuk sampai ke kereta dan segera beredar dari situ. Walaupun sudah jauh, Fyn masih dengar mereka memperkatakan tentang sesuatu cuma butir bicara nya kurang jelas di telinga.

"Hoi, ko ingat kau cantik sangat? Jual mahal pulak! Ko ingat aku heran sangatlah! Berlambak lagi perempuan kat KL ni! Nak ajak tidur pun boleh!" Fyn ketap bibir. Muka Fyn jadi merah tahan marah. Fyn memang pantang kalau lelaki perlekehkan perempuan. Pasti dia singsing lengan. "Hoi brengset!!!" Fyn menjerit. Tangannya digumpalkan dan dilayangkan untuk beri signal penumbuk. Sepantas kilat, Fyn masuk kereta, kunci pintu, start enjin, dan terus pecut. Perasaan untuk menoleh ke belakang tidak ada langsung. "Padan muka. Ko ingat ko sape."

Fyn lega dapat keluar dari situasi tadi. Tapi dalam hatinya, ada sesuatu yang mencarik-carik. "Mentang-mentang aku tak cantik. Suka hati je nak maki aku bagai." Hati Fyn berbisik. Fyn betul-betul tak sedar dia juga punya kecantikan tersendiri. Seriously, she got low self-esteem. Dengan itu, Fyn terus melayan perasan. Radio memutarkan lagu-lagu kenangan.

"Fyn. Kalau Abah dengan Mama dah takde lagi, Fyn kena selalu doakan kami. Dengan doa tu, Fyn bukan saja bagi kekuatan untuk Abah dan Mama di alam barzakh tapi bagi kekuatan untuk Fyn teruskan hidup. Sebab nanti Fyn akan sedar sejauh mana pun kami dengan Fyn, rasa cinta akan selalu ada antara kita". Fyn terus saja terkenang saat-saat dia punya mama dan abah di dunia. Sewaktu ada mereka, hari jadi Fyn dan kewujudan Fyn adalah nyata dan bahagia. Namun kini, Fyn ternyata lemas dengan kesedihan dan penghinaan. Kegembiraan dan kesunyian selalu saja bersilih ganti. Namun ternyata rasa sunyi selalu menang dalam pertaruhan.

Kereta yang Fyn pandu masih bergerak laju di jalan raya, sederas denyutan nadi Fyn yang masih panik dan kecewa. Fyn tak sedar, ada sebutir air mata sudah jatuh di peha. Fyn juga tak sedar,perjalanan dia pada malam ini akan menemukan dia dengan sesuatu bergelar keajaiban.

Subhanallah.

Note : Bersambung.

No comments: