10/26/2010

Makku Cinta.

Mak, Mak, Mak nak tahu tak, kadang-kadang Akak rasa Mak ni comel sangat. Mak nak tahu kenapa? Mak comel sebab Mak sangat gigih main game. Lebih comel bila sedang gigih main game, Mak tertidur sambil mengerak-gerakkan jari pada lappy hanya selang beberapa minit. Mak comel sebab hanya Mak mahu layan Akak main lemas-lemas, hembus-hembus, & pengsan-pengsan. Mak comel sebab Mak selalu cerita angan-angan Mak kalau Mak berjaya jadi jutawan. Mak comel sebab dengan Akak lah Mak paling kuat merajuk. Mak comel sebab kalau Mak nervous, memang jelas peluh berkumpul kat dahi & tengkuk. Mak comel sebab mak selalu gelak. Dan yang terindah, Mak buat Akak gelak sepanjang hidup Akak. Thus mommy, that's how you build me : to live life with love & laughter.

Mak, Mak, Mak patut tahu, Mak seorang yang sangat kuat di mata Akak. Menjalani empat kali pembedahan untuk lahirkan Akak, Ika, Annis, & Alysha dah cukup buat Akak bersyukur dikurniakan ibu seperti Mak. I know you have been trough hard times before this, tapi Mak jangan bersedih lagi, Ayah, Akak, Ika, Annis, & Alysha akan sentiasa di sisi. Sesiapa yang cuba menyakiti @ melukai Mak, Ayah, Akak, Ika, Annis, Alysha akan tentang habis-habisan. Ini amaran.

Mak, Mak, tanpa Mak, there is nothing I could do. To be truth, I'm physically and mentally depending on you. Tiap kali Akak dalam kesusahan, Mak selalu ada untuk membantu. I'm even crying when you say : dah tak payah fikir, Mak tahu apa nak buat. Akak betul-betul minta maaf. Mak, lepas ni, Akak akan belajar untuk berdikari supaya mampu terbang lebih tinggi. Biar Akak pula yang jaga & lindungi Mak serta ahli keluarga kita. Tapi walau apa pun terjadi, Mak tak boleh pergi jauh. It might kill me since I really need you like human need oxygen.

Comel ;)

Note : 24/9/1963, I love you.

7 comments:

Anonymous said...

like

Surat Untuk Hujan. said...

hi kapten juliet! :)
kak nuni, kre follow akak taw. he he

Fello Ariza said...

alalala...

anak yang baek~

:P

Surat Untuk Hujan. said...

fello fariza: :)

AzieRazwan said...

So sweet.... Saya pun ingat mak saya.

Surat Untuk Hujan. said...

sweet of you too :)
kem slm mak awk :)

Safiah Ibrahim said...

sweet