6/20/2010

Empat Budak Degil.

Ada empat budak degil, duduk dalam dewan U***** lama-lama, tapi berkeras tak nak keluar. Muka dah macam singa, tangan gerak-gerak macam nak bagi pelempang. But still, the body language looks like : buat-buat tenang. Saja nak bagi imej professional sikit. Girls must have attitude :) To make it simple, the story began when one of the officer from U***** asked my sister to prove them that she applied for U*****'s residence under J***. Adik aku pun bawa lah bukti yang di download dari emel dan di save dalam lappy. Dari Melaka ke U*****. Jauh wo. With the hope that everything gonna be alright. Mula-mula, Mak, Ika, & Annis je yang masuk dalam. Aku duduk luar dengan Alysha, with the reason that kitorang orang luar. Lepas 10 minit, tiba-tiba, Annis keluar, suruh aku masuk dalam. Ah, macam ada yang tak kena. Rupa-rupanya memang tak kena! Mak cakap, orang-orang 'besar' U***** cakap bukti yang adik aku tunjuk kat dorang sangat meragukan. Boleh jadi kes polis ni. So, dengan bahasa kasar, adik aku dituduh menipu. Darah gua mendidih, gua rasa nak tumbuk orang.

"Encik, bila hantar guna e-mel, ada possibility benda yang dihantar berubah. Bergantung dengan compability"
"Tapi font takkan berubah"
"???" (hoi, gila apa, mesti lah berubah, kalau laptop adik aku tak de font tu)
"Saya belajar memang boleh berubah"
"Dia lecturer" (sambil tunjuk kat orang yang duduk sebelah dia)
"???" (maki dalam hati)
Dialog antara aku (line orange) dan pak cik janggut (line purple) yang mulutnya macam orang nak mintak kena terajang.

Hati aku panas. Cepat-cepat aku call lecturer aku. Kumpul banyak-banyak penjelasan yang aku rasa boleh shoot straight kat kepala dia. Bila bercakap, biar ada asas.

Saya nak cakap dengan Encik sebab saya rasa saya perlu cakap apa yang saya tahu.
Saya betul-betul tak suka kalau keluarga saya kena macam ni.
Saya memang langsung tak boleh terima.
Seolah-olah nak tuduh adik saya menipu.
Saya akan stand up untuk adik saya.
Setahu saya (my knowledge on system)
bla. bla. bla. bla.
Lagi satu saya nak cakap,saya tak suka dengan apa yang orang kat dalam tu cakap dengan saya.
Bila saya cakap saya tahu, dia cakap dengan saya, yang dia lecturer.
Tak semestinya bila level dia lebih tinggi dari orang lain, knowledge dia lagi banyak, besar.
bla. bla. bla. bla.
Dialog antara aku (line orange) dan the other officer U***** (takde line) yang suruh adik aku hantar proof. I got no problem with him, he is polite. Semoga dia bagitau pak cik janggut apa yang aku cakap. Pengecut, masa mak aku mintak nombor kau, kau lari pulak. Mana kau pergi weyh? Menyorok dalam janggut?

Saya sebagai ibu, saya rasa U***** tak **** lah. Saya betul-betul tak puas hati bila perkara macam ni terjadi. bla. bla. bla (Mata mak linang-linang. Comel!)
Ramai kawan saya yang kena. Tapi saya je yang bawa benda ni ke depan. Sebab yang lain kata, kalau saya berjaya baru diorang nak ikut sekali. bla. bla. bla ( Bila Annis serius, dia guna bahasa baku. Bahasa jiwa bangsa!)
Saya dah lama kat sini. Saya tahu sangat pengurusan kat sini. Yang penting, bukan saya, tapi adik saya dapat tempat tinggal bla. bla. bla. (Akhirnya Ika, kau pulak yang dapat kolej even kita sebenarnya fight untuk Annis)

Yeah, empat budak degil.
Degil kerana benar.

Muka gua semakin menyerupai burger kerana terlalu marah. Terima kasih U*****

6 comments:

josh said...

berani kerana benar.. yezza!

Surat Untuk Hujan. said...

Yup.
Kalau bukan kita yang protect family sendiri, siapa lagi ? :P

The_Syatila said...

hahaha
lawak..mcm ni pon ada
sabar jea la

Surat Untuk Hujan. said...

mgkn U***** tkot kot, klu ader org pertikaikan sistem die.
sbb mmg sistem dia dah kuarkan 2 statement berbeza.
it must be because of human error.
tp xpe, sye pon juz pertahankan pe yg sye rse btol :)
biarkan lah dorg :)

NZ said...

hahaha.
"senarionye kat sini~"
ayat tak leyh bla kan waktu, tu?
nway, mmg luck aku kott dapat hostel tu.
haha

Surat Untuk Hujan. said...

ko mmg slalu lucky. ha ha ha.
yg penting cam berani kerana benar :)