Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

8/27/2011

Syawal.

Setiap kali pulang ke rumah Nenek Semah atau Nenek Konya, sepertinya di dalam hati, ada yang tiba-tiba kurang. Mungkin kerana aku semakin sedar, satu-satunya cara untuk aku berhubung dengan mereka sekarang ini, hanyalah doa. Dan bila kembali ke rumah pusaka, memori bergerak percuma, seperti di dalam cinema lama. Perlahan-lahan membuka cerita dari mula sampai ke akhir masa. Namun filemnya kelihatan tersekat-sekat. Mungkin kerana aku sengaja pause dan rewind berkali-kali, di plot-plot yang aku rindui.

Thu February 18, 2010, 4:07 am: tadi akak solekkan nenek sebelum nenek pergi, cantik.. akak sayang sangat-sangat kat nenek. jalan baik-baik nek, because one day, I will meet you there..

Note :
Manusia yang masih hidup merasakan ketibaan Syawal itu indah.
Manusia yang telah meninggal dunia terlalu takut untuk kembali ke alam barzakh.
Sedekahkan Al-Fatihah.


6/26/2011

Maaf Ayah.

*Ayah marah
*Nangis
*Nyorok dalam bilik
*Nangis
*On facebook
*Tulis status sedih
*Menyesal, delete balik
*On Twitter
*Update status, start conversation
*Nangis
*Ayah lalu depan bilik
*Nyorok bawah meja solek
*Ayah keluar rumah
*Nangis
*On the phone
*Nangis
*Off the call
*Nangis
*Duduk sebelah Mak, join tengok Youtube
*Nangis
*Mak gigih gelakkan aku
*Eksos Ayah berbunyi tanda Ayah dah balik
*Aku nyorok lagi dalam bilik
*Timbul perasaan nak buang air kecil
*Nak keluar, bilik Ayah dekat dengan tandas
*Ajak Annis dengan Alysha tengok video untuk lupakan hajat
*Sakan ketawa, perasaan nak membuang makin membara
*Dua jam setengah berlalu, Ayah still tak tutup pintu
*Ayah padam lampu
*Berlari. Oh shit

Keesokan harinya :
*Ti, cepat siap. Nak pergi berurut (Aku berlari tukar seluar sampai terlupa mogok dengan Ayah)
*Aku ni touching je lebih. Ayah marah sebab Ayah sayang. Benda ni yang budak-budak zaman sekarang buat-buat tak pandang. Termasuk aku yang kebiasaannya : hanya pentingkan apa yang aku rasa.

It's hard to find Ayah in any family photos. I should take more pictures of him.

6/08/2011

Nobody can hurts you.

Enough said.

Note : Pengaruh Mohandas Karamchand Ghandi bukan sekadar di India. Kesannya sampai dalam jiwa ku juga.

6/02/2011

21/5/2011.

The story teller:
Ati

The guy:
Roslaneffandy.

The family:
Makku cinta.
Alysha Ponggeng.
Syera.
Azwan & his friend, Najib.

The stories:
  • Jangan jadikan aku salah seorang member untuk team bowling. Pencapaianku sekadar di longkang sahaja. Adakah Syera juga mempunyai genetik yang sama? ;P
  • Lengok badan Makku cinta sangat menarik ketika cuba menghayun bola. Aku agak kecewa kerana tidak mempunyai handycam untuk merakam 'gerakan merbahaya'. HAHA.
  • The movie of Nur Kasih was okay but I have the thought that the 'door' to the climax of the movie was kinda static. Maybe it is because I was expecting one major crisis which lead to the dramatical ways to find the solutions. In this case, is it the train crashing in Jordan, the search of Amina to find her husband, the struggle of Adam to continue his life, or the gangster battle with Aidil, can be considered as the major conflict to be resolved and settled? Yeah, I know that good movie should be supported by several issues. However, I think quite a number of subplot were brought up to explain many incidents which some of them a bit restricted and limited. Perhaps, I'm looking for the leading crisis and conflict that is more than just 'go with the flow' drama. But still, the movie of Nur Kasih was full with feeling and love. That's the uniqueness of this film. However, this is just my personal opinion.
  • Keluarga Haji Joned cepat lapar.
  • Syera (sebelum tayangan) dan Alysha (semasa tayangan) hampir putus nafas tak jumpa tandas.
  • I love the feel to date a guy accompany by my family to watch a movie :)

The favourite pictures:
Budak kaca mata.

Pair.

Skandal.

Winner.

Waiter.

Syera kumon dan Alysha ponggeng.

Awek-awek pasaraya Mydin.

Note : Pukul 11 pagi nanti, ade gathering lagi :) OMG. It's 5.55 am now.

10/26/2010

Makku Cinta.

Mak, Mak, Mak nak tahu tak, kadang-kadang Akak rasa Mak ni comel sangat. Mak nak tahu kenapa? Mak comel sebab Mak sangat gigih main game. Lebih comel bila sedang gigih main game, Mak tertidur sambil mengerak-gerakkan jari pada lappy hanya selang beberapa minit. Mak comel sebab hanya Mak mahu layan Akak main lemas-lemas, hembus-hembus, & pengsan-pengsan. Mak comel sebab Mak selalu cerita angan-angan Mak kalau Mak berjaya jadi jutawan. Mak comel sebab dengan Akak lah Mak paling kuat merajuk. Mak comel sebab kalau Mak nervous, memang jelas peluh berkumpul kat dahi & tengkuk. Mak comel sebab mak selalu gelak. Dan yang terindah, Mak buat Akak gelak sepanjang hidup Akak. Thus mommy, that's how you build me : to live life with love & laughter.

Mak, Mak, Mak patut tahu, Mak seorang yang sangat kuat di mata Akak. Menjalani empat kali pembedahan untuk lahirkan Akak, Ika, Annis, & Alysha dah cukup buat Akak bersyukur dikurniakan ibu seperti Mak. I know you have been trough hard times before this, tapi Mak jangan bersedih lagi, Ayah, Akak, Ika, Annis, & Alysha akan sentiasa di sisi. Sesiapa yang cuba menyakiti @ melukai Mak, Ayah, Akak, Ika, Annis, Alysha akan tentang habis-habisan. Ini amaran.

Mak, Mak, tanpa Mak, there is nothing I could do. To be truth, I'm physically and mentally depending on you. Tiap kali Akak dalam kesusahan, Mak selalu ada untuk membantu. I'm even crying when you say : dah tak payah fikir, Mak tahu apa nak buat. Akak betul-betul minta maaf. Mak, lepas ni, Akak akan belajar untuk berdikari supaya mampu terbang lebih tinggi. Biar Akak pula yang jaga & lindungi Mak serta ahli keluarga kita. Tapi walau apa pun terjadi, Mak tak boleh pergi jauh. It might kill me since I really need you like human need oxygen.

Comel ;)

Note : 24/9/1963, I love you.

9/05/2010

Assets.

Ayah told me a lesson which I can't get anywhere else : selagi kau muda, cari lah asset banyak-banyak. Particularly, asset di sini tak merujuk kepada kereta mewah & rumah besar, sebaliknya menuntut seseorang untuk "keluarkan duit sebab nak buat duit" (my Daddy, 2010). Ayah cakap tak guna pakai kereta besar tapi hutang banyak. Aku rasa pasal tu lah, Ayah tak pernah kisah kalau ada orang kutuk 'Abang Sunny' & 'Atok Yamaha Sport'. Aku tahu, bukan Ayah tak peduli, tapi ayah rasa ada benda lain yang lebih mustahak. Ah, yang mengutuk tak berhak! Ayah cakap, lepas habis belajar, aku patut beli kereta. Senang nak pergi kerja @ further studies mana-mana. "Beli yang murah-murah". Yeah, aku dah agak. In fact, Ayah selalu nasihat beli tanah. Nanti senang turunkan pada anak-anak. Tak lupa, Ayah suruh cari rumah lelong. Duit sewa boleh jadi duit tabung. Baru-baru ni, Ayah propose tanam getah. Lepas, empat, lima tahun dah dapat hasil & okay, that is what we call as cool.

Kiri : Abang Sunny.
Kanan : Atok Yamaha Sport.
Belakang : Adik Proton.

Note : Lesson jangan fade away okay?

7/31/2010

Anak Malaysia.

Ada sebuah cerita. Tentang si gila dan anak Malaysia. Tentang arwah Nenek dan rumah pusaka.
Sebuah cerita yang telah bertahun tak mampu ku lupa.

Cerita ini bermula di rumah pusaka Nenek, setahun selepas arwah Datuk pergi. Kerana terpaksa, Nenek telah dijaga oleh seorang bibik yang pada fikiran aku, nampak ada yang tak kena pada kelakuannya. Sehinggalah pada suatu hari, dia tuduh salah seorang dari ahli keluarga aku mencuri. Berbakul-bakul aku & Ika memaki. Tapi dia buat dek je. Pointing finger to the one that I believe with all my heart! Akhirnya terjumpa balik phone dia kat luar rumah. Sumpah, aku rasa nak tanam dia tujuh kaki bawah tanah.

Pada suatu malam, aku, Ika, Annis, & Alysha tidur rumah nenek for the reason I can't remember to. Mak & Ayah pulak keluar sebab ada hal yang tak dapat nak dielakkan. Nenek terbangun & berhajat nak pergi tandas. Bibik bengang, memberontak sebab terpaksa uruskan nenek waktu malam. Dengan muka tak puas hati, separuh tenaga dia tarik tangan nenek guna sebelah tangan je! Terkejut gua, Ika, Annis, & Alysha, bila nenek seolah-olah menari, hampir terjatuh, & terkena bucu katil!

: Alysha :
Bibik!!!

: Ika :
Eh, Nenek!!!

: Annis :
Mampus kalau Mak tahu!!!
Dah, kau jangan layan dia tu!!!

: Bibik :
Saya angkat nenek dua tangan, Nenek yang tak kuat!
Siapa mampus? Nak saya mampus! Biar saya mampus lah!
Anak Malaysia!

: Aku :
Bibik ingat kitorang buta ke???
Bukannya kitorang tak nampak Bibik tarik sebelah tangan je!!!
Nak suruh Nenek mati ke???

Malam tu dah macam perang. Empat lawan satu. Malaysia lawan Indonesia. Ya aku tahu, mungkin orang akan cakap "bapak kurang ajar, lawan orang tua". Ah, kau tak tahu cerita sebenar. Kau tak tahu dia pernah biarkan nenek aku jatuh sorang-sorang dalam tandas. Kau tak tahu dia pernah buat tangan nenek aku lebam. Kau tak tahu dia saje-saje bukak baju depan ayah aku konon-konon nak tayang body. Kau tak tahu berapi kali dia menyumpah orang Malaysia dengan sehina kata-kata. Paling cilaka, dia tuduh orang yang paling aku sayang mecuri sedangkan dia yang takde otak, tersalah letak. So sorry ye perempuan, takde maaf bagimu. Kesian, waktu kau nak dihantar balik ke Indonesia, kau tertinggal belaan kau yang kau tanam depan rumah. Patut lah kau berani tunjuk kuasa. Sekali lagi sorry, sampai mati pun, kau takkan mampu tundukkan kami sekeluarga.


7/27/2010

Kalau Sudah Benci.

I hate you.
Could not even say Hello.
I don't say that I am right.
It just that I can't forget.
But believe me,
To hate is to think them often.
So let them go and be neutral.
Abandon any sensation.

Note : I don't used to hate people unless they are making fun of my family and I.




7/19/2010

Ruangan Rindu.

Ini ruangan rindu. Nak beritahu mak, akak dah mula rasa tak menentu. Sampai je Apartment Resak, laju-laju akak makan nasi dengan lauk sambal petai yang mak masak. Sedap taw mak, sebab tu akak tak nak diet dah :) Mak, Mak, Akak pun rindu kat Alysha, Mak. Haritu Akak gaduh dengan dia, sebab waktu dia tengah tidur, akak dodoikan dia dengan irama : Alysha suka Mustakim yang indah. Sorry ye dik, Along tak nyanyi lagu tu lagi dah. Lain kali Along nyanyi lagu : Alysha suka Amar Shauki lah pulak. Tapi kan Mak, Akak pun rindu sangat-sangat kat Ika & Annis. Selalunya, kalau kumpul ramai-ramai, kita mesti buat meeting tak rasmi dalam bilik pertama or ruang tamu sambil gelak kuat-kuat sampai kempis. Bila Ayah balik, cepat-cepat tengok tangan Ayah, ada bawak balik makanan ataupun tak. Akak selalu harap Ayah bawak balik bihun goreng misteri yang dah tak misteri sebab akhirnya terbongkar, bihun goreng tu, kedai Cheng Kok yang masak. So, siapa cakap Akak tak rindu Ayah? Akak rindu nak tengok Ayah pura-pura serius sebab nak tahan gelak time kita buat lawak. Em Mak, boleh tunggu Akak sebentar? Hey Mimi, kau punya pasal lah aku rindu nak makan burger depan padang keris. Dan kau Elmira, buat aku rindu nak ber-photo-shoot dalam taman. Epa pulak, bila nak pulang?

Ini ruangan rindu untuk orang-orang di Alor Gajah.

Note : Here again, Makku Cinta, Akak rindu :)

7/12/2010

Never Put Your Family Behind.

" Now, my daughters had boyfriends and busy social life with her buddies from university. I understand and try to accept this. Their lives are blossoming and it is only natural, very natural for them to want to socialise with their friends "

My mom wrote this in her blog. Suddenly, I hate the fact that I have grown up in such a clear-hazy way to be an adult. I hate to visualize that I spend less time with my family since I enter the university. I hate to opt especially when choices are limited and distance is one of the reason. But Mom, you should know this : you always in my head. Spending time with you & our family spells me the rhythm of joy. Sincerely, I love you to the bone.

Note : You need to remember, as you grow older, never put your family behind. Only they have the guts to protect you just like your real-good-friends.

6/27/2010

Happy Born-Day, Geng Baik!

Ini adik aku. Namanya Nur Zulaikha. You can call her Ika or Angel-Ika-Cili because she got the lip. Fantastic. Naturally, she is photogenic. You can place her in whatever type of camera and honestly, she can rock it. Yeah, just see the picture. Aku label Ika as degil & keras kepala. But deep inside, I know, she is kindhearted. Dia ada satu sifat yang bukan semua orang ada : pemaaf. Aku tahu, tu la antara salah satu kriteria yang bezakan antara kau & aku. Mak cakap, kecik-kecik dulu Ika baik. Kena sekeh dengan aku pun buat dek je. Patut lah aku suka sangat kacau dia. Letak stokin kat tangan, letak bra kat mata, jolok hidung pakai cotton bud, letak spender kat perut, masukkan bola kecik dalam hidung. Akhirnya, dia pun jadi nakal macam aku. Tapi kan, sebab aku sayang dia lah aku buat macam tu :) Dari kecik lagi kitorang memang geng. I consider her as one of my best friend. So sempena hari jadi kau hari ini, aku nak bagitau yang aku sayang kau, Ika. Macam mana aku protect family kita, macam tu jugak lah aku akan protect kau. Belajar rajin-rajin okay. Dari dulu lagi aku nampak kau ada potensi. Aku, Mak, Ayah, Annis, & Alysha, semua sayang kau. Ingat tu dalam-dalam.

Happy born-day, Angel-Ika-Cili.

6/25/2010

26/6/2010.

Suko. Suko. Suko (bahasa nogori). Tadi pergi Kolej Risda. Sekolah ayah buat kursus motivasi kat sana, untuk budak-budak tahun enam & lima. Padan muka, Alysha pun kena join sama. Walaupun esok Alysha dah balik, tapi serious waktu ni, dalam hati ada rindu. Rindu nak hembus nafas kat telinga dia & lempang pipi dia bertubi-tubi bila dia tengah fokus main FB. Lagi rindu nak ejek dia, "yeay-yeay, Alysha suka Amar Shauki". Confirm, sepantas kilat, gua kaget kena bantai. Tapi takpe, aku sekeh balik. But then, dia sekeh aku lagi. Continuously sampailah ada yang nak mengalah :) Particularly, the other story, aku kagum dengan semangat ayah. He is very passionate. Dia tak kisah walaupun orang tak nampak satu pun kerja dia. He is the man. Unfortunately, disebabkan ini, aku tahu ramai tak puas hati dengan ayah. Orang ingat ayah jenis yang sambil lewa sebab tak suka tunjuk muka. Suka hati korang lah nak rasa apa. Yang penting, jangan sampai kat telinga aku sudah. Dah-dah, yang penting aku happy semalam. Dapat spend masa banyak-banyak dengan family. Unfortunately, Ika tak join sekali. Kitorang kejar masa tadi. Tak mungkin dia boleh siap dalam masa 15 minit macam kitorang. No way in hell.

Focus.

Double focus.

Tak fokus.

Sebab mak? HAHA.

Makku cinta & Alysha ponggeng.

Makku cinta & Ati baik.

Makku cinta, Anis Squidward & Alysha ponggeng
(gambar kejam. gua takde).

Hip hip. Hooray!

6/20/2010

Empat Budak Degil.

Ada empat budak degil, duduk dalam dewan U***** lama-lama, tapi berkeras tak nak keluar. Muka dah macam singa, tangan gerak-gerak macam nak bagi pelempang. But still, the body language looks like : buat-buat tenang. Saja nak bagi imej professional sikit. Girls must have attitude :) To make it simple, the story began when one of the officer from U***** asked my sister to prove them that she applied for U*****'s residence under J***. Adik aku pun bawa lah bukti yang di download dari emel dan di save dalam lappy. Dari Melaka ke U*****. Jauh wo. With the hope that everything gonna be alright. Mula-mula, Mak, Ika, & Annis je yang masuk dalam. Aku duduk luar dengan Alysha, with the reason that kitorang orang luar. Lepas 10 minit, tiba-tiba, Annis keluar, suruh aku masuk dalam. Ah, macam ada yang tak kena. Rupa-rupanya memang tak kena! Mak cakap, orang-orang 'besar' U***** cakap bukti yang adik aku tunjuk kat dorang sangat meragukan. Boleh jadi kes polis ni. So, dengan bahasa kasar, adik aku dituduh menipu. Darah gua mendidih, gua rasa nak tumbuk orang.

"Encik, bila hantar guna e-mel, ada possibility benda yang dihantar berubah. Bergantung dengan compability"
"Tapi font takkan berubah"
"???" (hoi, gila apa, mesti lah berubah, kalau laptop adik aku tak de font tu)
"Saya belajar memang boleh berubah"
"Dia lecturer" (sambil tunjuk kat orang yang duduk sebelah dia)
"???" (maki dalam hati)
Dialog antara aku (line orange) dan pak cik janggut (line purple) yang mulutnya macam orang nak mintak kena terajang.

Hati aku panas. Cepat-cepat aku call lecturer aku. Kumpul banyak-banyak penjelasan yang aku rasa boleh shoot straight kat kepala dia. Bila bercakap, biar ada asas.

Saya nak cakap dengan Encik sebab saya rasa saya perlu cakap apa yang saya tahu.
Saya betul-betul tak suka kalau keluarga saya kena macam ni.
Saya memang langsung tak boleh terima.
Seolah-olah nak tuduh adik saya menipu.
Saya akan stand up untuk adik saya.
Setahu saya (my knowledge on system)
bla. bla. bla. bla.
Lagi satu saya nak cakap,saya tak suka dengan apa yang orang kat dalam tu cakap dengan saya.
Bila saya cakap saya tahu, dia cakap dengan saya, yang dia lecturer.
Tak semestinya bila level dia lebih tinggi dari orang lain, knowledge dia lagi banyak, besar.
bla. bla. bla. bla.
Dialog antara aku (line orange) dan the other officer U***** (takde line) yang suruh adik aku hantar proof. I got no problem with him, he is polite. Semoga dia bagitau pak cik janggut apa yang aku cakap. Pengecut, masa mak aku mintak nombor kau, kau lari pulak. Mana kau pergi weyh? Menyorok dalam janggut?

Saya sebagai ibu, saya rasa U***** tak **** lah. Saya betul-betul tak puas hati bila perkara macam ni terjadi. bla. bla. bla (Mata mak linang-linang. Comel!)
Ramai kawan saya yang kena. Tapi saya je yang bawa benda ni ke depan. Sebab yang lain kata, kalau saya berjaya baru diorang nak ikut sekali. bla. bla. bla ( Bila Annis serius, dia guna bahasa baku. Bahasa jiwa bangsa!)
Saya dah lama kat sini. Saya tahu sangat pengurusan kat sini. Yang penting, bukan saya, tapi adik saya dapat tempat tinggal bla. bla. bla. (Akhirnya Ika, kau pulak yang dapat kolej even kita sebenarnya fight untuk Annis)

Yeah, empat budak degil.
Degil kerana benar.

Muka gua semakin menyerupai burger kerana terlalu marah. Terima kasih U*****

6/13/2010

SUKMA in Melaka.

Masa mula-mula masuk stadium Hang Jebat, terasa macam tahun lima puluhan. Mood aku terus transform jadi mood oldies nak sambut merdeka zaman Tunku Abdul Rahman. Tapi dapat je tempat duduk, perbarisan dah mula. Cis, tak dapat tengok warna-warni persembahan pembuka. Aku ingatkan dapat lah cuci-cuci mata, tengok atlet-atlet masuk padang. Tengok-tengok, kitorang sekeluarga, dapat duduk seat paling atas. Kalau dah macam tu, maskot gebu pun nampak macam kerengga. Dah tu, aku pulak tak bawak spec sebab spec aku patah lagi. Rugi, rugi. Even malam tu, aku alami separuh kecacatan mata, meremang-remang juga bulu roma aku ni dalam stadium. Semua gara-gara persembahan yang hebat-hebat belaka. Bangga jadi anak melaka. Berbalik kepada tujuan asal datang stadium, gua sangat-sangat happy dapat spend masa dengan family. Walaupun sepanjang event, aku berjuang bermati-matian, tahan keinginan nak pergi tandas.

Muka-muka menyemakkan stadium.

Muka semangat membara.

Muka penyeri majlis (ehem, ehem, mak ajak lah ayah jalan-jalan lagi).

Muka-muka bersedia tengok bunga api.

Muka penyeri majlis jugak (ayah, mak ajak ayah jalan-jalan).

Stadium Hang Jebat dari pandangan atas.

Atlet-atlet hensem dari pandangan atas.

Yeay! Berdansa.

Yeay! Pura-pura jadi ombak.

Yeay! Berlakon jadi bot.

Rasa sayang hey rasa sayang.

Penjajah!

Bunga api!

Cik-cik bunga! HAHA.