Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

1/07/2012

Life one.

Lama juga dia tunggu malam tu. Sungguh, aku leka buat assignments, ketuk keyboard. Bila dia dah sampai, baru lah aku terhegeh-hegeh carik tudung.

*One message received
Kalu lmbt abg hbeskn hotdog.

Damn. Dia triggered kelemahan aku. I pretended that I didn't care but my legs walked faster to reach him within minutes.

Sampai kat bawah, syukur Alhamdulillah hotdog aku masih ada dua cucuk available. Tapi kelihatannya ada kesan orang gigit, tanda protes.

Note : Beberapa hari lepas tu, baru dia mengaku. Sebenarnya malam tu, hotdog ada empat cucuk.

6/11/2011

Lelaki sempurna.


Source : Google

Sesekali Roslaneffandy memberi pesan, jangan selalu sangat membaca komik 'cintan'. Hal ini mungkin berpunca dari aku yang kadang-kala terlanjur menyuarakan, betapa indahnya kalau watak lelaki di dalam komik cinta yang aku baca, wujud ke dalam dunia nyata. Dan dengan ini, aku harap dia tahu, aku sekadar berbasi-basi. Kerana aku masih percaya, pandangan yang polos dan tipikal tentang "dalam dunia, tidak wujud lelaki sempurna" adalah fakta dan real. Cuma bagi aku, jika seseorang wanita menggunakan komik cinta untuk menyampaikan mesej kepada si dia : wanita itu bukan mahu kau menjadi sempurna, dia sekadar mahu kau tunjukkan usaha sahaja. Malah, di dalam komik cinta, tak semuanya berjalan dengan mudah. Kebanyakan komik cinta yang aku baca, temui derita sebelum bahagia. Kisah si lelaki yang berlagak nak mati, kisah si lelaki layan awek macam kawan, kisah si lelaki bertepuk sebelah tangan, kisah si lelaki dua alam (errr). Tetapi, yang wanita khabarkan kepada si dia hanyalah isi-isi yang cantik di telinga sahaja. Kenapa? Kerana wanita melihat cinta itu lengkap dan indah walaupun tidak sempurna dan kelihatan cacat pada pandangan mata manusia.

"Kalau tak nak cari perfect guy, apasal banyak sangat benda yang awak demand?"
"Saya sekadar mahu awak tunjukkan usaha"
"Saya takut awak berimaginasi terlalu tinggi dan saya tidak dapat penuhi"
"Saya sekadar mahu awak tunjukkan usaha"

Tak semua wanita menggunakan komik cinta, ada yang menggunakan kisah-kisah teman, lagu, filem, dan mungkin juga drama :)

Source : Google

Note : Is it true that Seth Tan is a super duper romantic guy? I never have the chance to watch his drama.

6/02/2011

21/5/2011.

The story teller:
Ati

The guy:
Roslaneffandy.

The family:
Makku cinta.
Alysha Ponggeng.
Syera.
Azwan & his friend, Najib.

The stories:
  • Jangan jadikan aku salah seorang member untuk team bowling. Pencapaianku sekadar di longkang sahaja. Adakah Syera juga mempunyai genetik yang sama? ;P
  • Lengok badan Makku cinta sangat menarik ketika cuba menghayun bola. Aku agak kecewa kerana tidak mempunyai handycam untuk merakam 'gerakan merbahaya'. HAHA.
  • The movie of Nur Kasih was okay but I have the thought that the 'door' to the climax of the movie was kinda static. Maybe it is because I was expecting one major crisis which lead to the dramatical ways to find the solutions. In this case, is it the train crashing in Jordan, the search of Amina to find her husband, the struggle of Adam to continue his life, or the gangster battle with Aidil, can be considered as the major conflict to be resolved and settled? Yeah, I know that good movie should be supported by several issues. However, I think quite a number of subplot were brought up to explain many incidents which some of them a bit restricted and limited. Perhaps, I'm looking for the leading crisis and conflict that is more than just 'go with the flow' drama. But still, the movie of Nur Kasih was full with feeling and love. That's the uniqueness of this film. However, this is just my personal opinion.
  • Keluarga Haji Joned cepat lapar.
  • Syera (sebelum tayangan) dan Alysha (semasa tayangan) hampir putus nafas tak jumpa tandas.
  • I love the feel to date a guy accompany by my family to watch a movie :)

The favourite pictures:
Budak kaca mata.

Pair.

Skandal.

Winner.

Waiter.

Syera kumon dan Alysha ponggeng.

Awek-awek pasaraya Mydin.

Note : Pukul 11 pagi nanti, ade gathering lagi :) OMG. It's 5.55 am now.

8/26/2010

Syarat Cinta.

G : bla bla bla bla bla bla bla bla.
B : ..................................

G : bla bla bla bla bla bla bla bla.
B : ..................................

G : Okay, boleh dimaafkan, dengan beberapa syarat.

B : Tak nak.
G : Kenapa???
B : Cinta tak pernah ada syarat.

G : Gulp (sentap)

Note : HEHE. Betul gak. HEHE.

6/26/2010

Guy's Heart : It's Still My Effort, Accept It.


Perbualan tak rasmi menerusi telefon bimbit.

L : Hello, sayang.

P : Yeay, yeay abang call (ulang tiga kali)

L : ?

P : Yeay, yeay abang call (ulang tiga kali)

L : ?

P : Hish. Jangan la diam. I just want effort. Cuba respond.

L : Abang ni kan pemalu.

P : ?

L : Yeay, yeay sayang jawab call (ulang berkali-kali)

P : Takde cara lain nak respond ke, abang?

L : Eh, cara macam ni la abang respond sayang. It still effort.

Haih, lelaki memang tak paham perempuan. Ke perempuan yang mintak lebih?

6/07/2010

Love Story By Me.

Sekadar duduk dan berbual-bual. Seolah-olah, segala-galanya adalah istimewa pada hari itu. Kami bergilir-gilir mengambil tempat untuk bercerita dan ketawa. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Sungguh, tak sempat berlari ke mana-mana. Hanya kami berdua, terasa romantik la pula.

Cantik. Alor Gajah memang cantik waktu hujan. Lebih-lebih lagi bila dinikmati dengan si dia yang kamu sayang. Aku gunakan peluang ini untuk bercerita. Kisah sepasang kekasih dan secawan kopi panas. Kisah seorang gadis yang tidak berpuas hati, memiliki sang kekasih yang tidak tahu mengekspresikan rasa-rasa romantisme. Si gadis membuat rancangan, berpura-pura inginkan bunga api untuk dinikmati bersama-sama. Mengugut untuk berpisah sekiranya si jejaka tidak mampu memenuhi permintaannya. Tujuan si gadis hanyalah untuk menguji. Berharap, agar kekasihnya akan berubah.

Pada malam yang di janjikan, si jejaka bergegas datang. Tanpa bunga api, sekadar secangkir kopi. Si jejaka cuba memberitahu sesuatu, tetapi si gadis buat tak tahu. Di dalam hujan renyai, terpatrilah perpisahan.

Setelah sekian lama, si gadis bertemu jodoh dan menjadi seorang ibu. Malah mempunyai seorang anak yang mempunyai kedegilan sama seperti dirinya : mahukan bunga api pada sambutan hari jadi. Terpaksa lah si ibu mencari-cari. Meredah seluruh kota. Akhirnya, si ibu telah singgah di sebuah kedai lama. Memaniskan muka dan bertanya kepada tuan kedai di mana dia boleh mendapatkan bekalan bunga api kerana malam hampir menjengah pagi. "Di sini" Si ibu terkejut. Hairan bagaimana kedai sekecil itu bisa mempunyai bunga api yang anaknya hajatkan. Si ibu bertanya lagi, mahukan penjelasan.

10 tahun lalu, seorang lelaki dalam keadaan basah kuyup dan kelihatan lemah bertanyakan tentang bunga api. Apabila saya beritahu yang bunga api tiada, dia menangis teresak-esak, seolah-olah telah kehilangan seluruh kehidupannya. Sejak daripada itu, saya sentiasa menyediakan bunga api dan menunggukan kedatangannya tetapi, dia tidak pernah datang lagi. Si ibu mengetahui perkara sebenar.

Secawan kopi panas, adalah untuk melegakan kedinginan, setelah hujan yang lebat telah mula beransur pergi. Si jejaka berusaha mencari, namun si gadis tak mahu peduli. Si jejaka juga berharap si gadis akan hangat dengan keindahan bau kopi, si gadis masih tidak mahu ambil peduli. Sesungguhnya,kekasih si gadis berusaha keras untuk menjadi romantis. Tidakkah dia sedar? Sama ada si gadis tak sedar atau pura-pura tidak tahu, cinta mereka telah berlalu.

Si dia memandang muka aku sambil tersenyum. Bukankah sepatutnya cerita itu untuk sayang? Aku terpinga. Aku lupa, aku juga seperti si gadis. Ah tidak, aku tidak mahu kehilangan dia hanya kerana kekeliruan kehendak.