Aku masih ingat kepekatan malam itu. Aku sekadar si pembonceng dan si penunggang memecut separa laju. Sesungguhnya aku sukakan perasaan itu. Dipandu dan aku bebas memikirkan segala macam hal yang aku mahu. Bagi aku, perasaan ini sama high dengan perasaan berfikir di bilik mandi tanpa ada orang ketuk pintu macam orang gila suruh cepat habis. Priceless. Tiba di traffic light, lampu bertukar merah. Mata aku segera menangkap seorang pak cik yang jalannya terjingkit-jingkit meredah motor dan kereta. Tiba-tiba hati aku jadi sayu. Aku perhatikan dia sehingga kepala berpusing 90 darjah dan lampu menjadi hijau terang dari merah darah. But here, I'm not being judgemental. Mungkin saja, gaya jalannya memang begitu dan arah tujunya apartment mewah sebelah aku. Cuma bila terpandang saja pak cik ni, ingatan aku berlari terkenangkan arwah datuk dan arwah nenek yang sudah pergi. Kalaulah diorang masih ada untuk melihat aku pada hari ini. Nah, if only again. Namun, bukan itu saja yang aku fikirkan. Pak cik ini bukan saja mengingatkan aku pada masa lepas tapi juga pada masa depan. Siapakah aku pada tarikh yang sama, masa yang sama, 40 tahun akan datang? Adakah aku akan seperti pak cik ini, keseorangan meredah separuh kedinginan malam yang berbaki? Aku mengaku, kadang-kala aku tergelincir ke kiri kerana ikutkan hati. Aku salah seorang manusia yang pernah terjatuh ketika berlari dan tak mahu bangun lagi kerana takut tersungkur buat kesekalian kali. Namun setiap kali aku bertemu dengan orang tua yang bersendirian, aku akan terfikir apa yang sedang aku lakukan sekarang. Adakah apa yang aku lakukan sekarang mampu menjadikan aku seorang tua yang disayangi dan disenangi? Adakah apa yang aku lakukan sekarang mampu menjadikan aku seorang tua yang buah fikirannya dibutuhi? Adakah apa yang aku lakukan sekarang mampu menjadikan aku seorang tua yang tidak menyesal tentang masa muda ku walau seinci? Sendiri bagi soalan, sendiri ada jawapan. At least, I'm die trying. This is how we keep going.
Note : Hilang saja orang tua itu dari pandangan mata, aku menelaah syllabus hidupku yang sedia ada. Past can't be erased but present can be molded and future can be planned.
No comments:
Post a Comment