8/27/2011

Syawal.

Setiap kali pulang ke rumah Nenek Semah atau Nenek Konya, sepertinya di dalam hati, ada yang tiba-tiba kurang. Mungkin kerana aku semakin sedar, satu-satunya cara untuk aku berhubung dengan mereka sekarang ini, hanyalah doa. Dan bila kembali ke rumah pusaka, memori bergerak percuma, seperti di dalam cinema lama. Perlahan-lahan membuka cerita dari mula sampai ke akhir masa. Namun filemnya kelihatan tersekat-sekat. Mungkin kerana aku sengaja pause dan rewind berkali-kali, di plot-plot yang aku rindui.

Thu February 18, 2010, 4:07 am: tadi akak solekkan nenek sebelum nenek pergi, cantik.. akak sayang sangat-sangat kat nenek. jalan baik-baik nek, because one day, I will meet you there..

Note :
Manusia yang masih hidup merasakan ketibaan Syawal itu indah.
Manusia yang telah meninggal dunia terlalu takut untuk kembali ke alam barzakh.
Sedekahkan Al-Fatihah.


No comments: