8/01/2011

Toxic friends.

Pagi ini, aku mahu bicara santai tentang 'toxic friend' dan realiti. Jika dilihat secara kasar, perkataan 'toxic friend' terdapat dua kata dasar yang sangat kontra. 'Toxic' merujuk kepada keupayaan mengakibatkan kecederaan dan kematian kerana kewujudan bahan kimia berbahaya. 'Friend' pula lebih mudah di beri makna. Definisinya ialah kawan atau teman yang kau kenal, suka, dan percaya. Dan apabila digabungkan, kedua-duanya kelihatan janggal kerana 'friend' adalah seseorang yang kita sayang dan 'toxic' pula adalah sesuatu yang bisa bikin kesayangan bertukar jadi kenangan. Di sini telah wujud perkataan yang lengkap berdua tapi sungguh canggung bersama untuk menggambarkan sebuah hubungan rendah isi, lebih negatif dari positif. Namun, dengan bahasa yang lebih easy, 'toxic friend' equals to mempunyai kawan kurang erti . Really?

Pertama kali aku terserempak dengan perkataan 'toxic friend' adalah sewaktu CLEO di mata ku beberapa tahun dulu. Sesungguhnya saat itu aku rasa begitu teruja kerana rupa-rupanya segala persoalan berkaitan 'the promise breaker', 'the double-crosser', 'the self-absorbed', 'the discloser', 'the competitor', dan 'the fault-finder' adalah merupakan permasalahan global. Dan di sini, satu realiti telah checkmate. Kita akan berasa lebih lega apabila mengetahui jiran sebelah, kawan sekelas, member sepermainan, atau musuh sejagat mengalami masalah yang sama walaupun dengan masa dan jalan cerita yang berbeza. Dengan itu, bukankah kita tidak akan merasa keseorangan, masalah yang kita hadapi adalah normal, dan jalan penyelesaian mungkin ada? But by the way, the promise breaker', 'the double-crosser', 'the self-absorbed', 'the discloser', 'the competitor', dan 'the fault-finder' itu apa?

THE PROMISE BREAKER
Day 1
(Pagi buta)
Orang lidi 1 : Rindu gila kat ko! Malam ni kita lepak?
Orang lidi 2 : Rindu gila kat ko jugak! Okay, cantik!
(Beberapa jam seterusnya)
Orang lidi 1 : Sorry babe. Tak dapat lepak. Kereta rosak so aku stuck kat rumah.
Orang lidi 2 : Okay. Takdehal. Kita set masa lain. Take care.
Day 2
(Pagi buta)
Orang lidi 1 : Rindu gila kat ko! Malam ni kita lepak?
Orang lidi 2 : Rindu gila kat ko jugak! Okay, cantik!
(Beberapa jam seterusnya)
Orang lidi 1 : Sorry babe. Tak dapat lepak. Balak aku ajak keluar.
Orang lidi 2 : Okay. Takdehal. Kita set masa lain.
Day 3
(Pagi buta)
Orang lidi 1 : Rindu gila kat ko! Malam ni kita lepak?
Orang lidi 2 : Rindu gila kat ko jugak! Okay, cantik!
(Beberapa jam seterusnya)
Orang lidi 1 : Sorry babe. Tak dapat lepak. Member aku ajak futsal.
Orang lidi 2 : Okay. Takdehal.
Day 4
(Pagi buta)
Orang lidi 1 : Rindu gila kat ko! Malam ni kita lepak?
Orang lidi 2 : Rindu gila kat ko jugak! Okay, cantik!
(Beberapa jam seterusnya)
Orang lidi 1 : Sorry babe. Tak dapat lepak. Gigi aku macam nak patah.
Orang lidi 2 : Okay.
Day 30
(Pagi buta)
Orang lidi 1 : Aku rindu gila kat ko! Malam ni kita lepak?
Orang lidi 2 : K.
(Beberapa jam seterusnya)
Orang lidi 1 : Sorry babe. Tak dapat lepak. Kucing aku berak.
Orang lidi 2 : What??? (sebut dengan qalqalah)

Siapa je yang tak pernah mungkir janji tapi kalau dah berkali-kali cam gini? Memang mintak kaki.

THE DOUBLE-CROSSER
Ramai beranggapan dikhianati kawan selalunya dalam bentuk perbuatan menyalahgunakan kata-kata. Tetapi tahukah anda bahawa perbuatan meninggalkan tanpa kata-kata juga merupakan salah satu bentuk pengkhianatan secara tidak nyata?

Situasi 1
(Di dalam pejabat)
Orang lidi 1 : Kau nak tahu tak, orang lidi 2 tak boleh dipercayai. Bla bla bla.
Orang lidi 3 : Serious? Aku dah agak dah! Bla bla bla.
(Di sebalik pintu)
Orang lidi 2 : Ya Allah...

Situasi 2
(Di dalam pejabat)
Orang lidi 1 : Orang lidi 3, jom pergi lunch.
Orang lidi 3 : Okay. Ajak sekali orang lidi 2. Dia ada cakap nak join sama.
Orang lidi 1 : Kalau kau nak ajak orang lidi 2, aku tak nak ikut.
Orang lidi 3 : Kenapa?
Orang lidi 1 : Dah sebulan aku tak cakap dengan dia.
Orang lidi 3 : Dia buat salah apa? Bukan korang kawan baik ke?
Orang lidi 1 : Nanti aku cerita. Dia pun tanya kenapa tapi aku malas nak layan.
Orang lidi 3 : Okay. Tak ajak dia sekali. Cerita hot ni.
(Di sebalik pintu)
Orang lidi 2 : Ya Allah...

Situasi 1 atau situasi 2 memberi lebih luka? Dua-dua?

THE SELF-ABSORBED
Focus on personal ideas and interests + eliminate the voice of others : feel good.

Sepanjang masa
Orang lidi 2 : Aku nak share something dengan kau. Aku...
Orang lidi 1 : Eh, kejap. Sebelum kau bukak apa-apa cerita, biar aku cerita. Aku ada secret admirer, biasalah orang fofular. Kau pun tahu aku ni bla bla bla.

Orang lidi 2 : Aku sedih. Aku...
Orang lidi 1 : La, sedih lagi? Tengok aku ni, happy je. Biasalah, hidup sempurna. Kau pun tahu aku ni bla bla bla.

Orang lidi 2 : ......
Orang lidi 1 : Yang kau senyap kenapa?

Ada rasa nak bagi penampar?

THE DISCLOSER
Nak tahu tak cara paling mudah untuk menyebarkan rahsia? Bagitahu sahaja pada 'the discloser' kerana dia akan merasakan satu tanggungjawab yang mulia untuk menwar-warkan berita kepada dunia.

Orang lidi 1 : Tadi kau cakap ada rahsia nak bagitahu aku.
Orang lidi 2 : Rahsia? Owh. Aku kacukan Belanda.
Beberapa hari selepas itu.
Orang lidi 3 : Orang lidi 2, orang lidi 1 cakap kau kacukan Belanda. Betul ke?
Orang lidi 1 : Aku dah agak dah. Discloser tetap discloser. Buta ke hape. Kan aku muka Jawa.

THE COMPETITOR
Siapa lagi pandai - check
Siapa lagi cantik - check
Siapa lagi slim - check
Siapa gaji lagi besar - check
Siapa asset lagi banyak - check
Siapa dapat suami lagi kaya - in process
What the heck?

Semua benda nak compete? Mess.

THE FAULT FINDER
Tak sesuailah kau _____________. ____________.
(Isi tempat kosong yang pertama dengan sebarang perbuatan, pemakaian, dan bentuk fizikal. Isi tempat kedua pula dengan sebarang sindiran berkaitan.)
(Statement isi tempat kosong ini boleh diaplikasikan pada bila-bila masa kerana the fault finder merasakan semua benda tak kena. Perkataan perfect tu untuk dia saja.)

You are risking your self-esteem with the fault-finder, Honey. You better trust me.

Note : Tapi realitinya tak pernah ada orang terlepas menjadi atau hampir menjadi 'toxic'. Yang penting kau sedar dan berusaha untuk berubah.
Note : Cara hadapi? Mungkin in next, next, next entry.

Source : The review and online version of book titled When Friendship Hurts : How to Deal With Friends Who Betray, Abandon, or Wound You.

6 comments:

madmal said...

hohoho.. kawan pembunuh nie berjenis2 ek..

Surat Untuk Hujan. said...

Begitulah nampaknya ;) Kadang2, kite tak perasan tapi inilah realiti ;)

KiKiHanakO said...

mmg sukar nak menghadapai keadaan begini..

Surat Untuk Hujan. said...

Kan? ;) Tapi InsyaAllah ada penyelesaiannya ;)

Anonymous said...

people say we need fwens but what kind of fwens..? n0t all aboVe ;D

Surat Untuk Hujan. said...

Cik Sue, setuju 101% ;) Selalunya golongan yang macam ni la buat self-esteem kita kurang & perasaan jadi down ;)