8/13/2011

Muzik dan hati.



Walaupun sekadar modifikasi dari Moonlight Sonata oleh Beethoven dan Unaccompanied Cello Suite No. 1 in G Major oleh Johann Sebastian Bach, kedua-dua seni ini sudah berpuluh kali aku playback. Nampaknya, aku adalah salah seorang manusia yang apabila wujud suka, keghairahannya jatuh tahap gila. Mungkin kerana untuk sesetengah perkara, jiwa aku sukar untuk menerima, lantas sebarang hormon deras yang hadir untuk sesuatu atau seseorang, aku hulurkan tangan dan pegang.

Note : Sepanjang cuti empat bulan ni, dah lama tak dengar rock music. Seriously, I'm still into it. Cuma sekali sekala tukar selera, apa salahnya. Barulah ada rasa puas dalam mencuba. Cuba try Olafur Arnalds pula. Dia seperti Stephen Sharp Nelson juga, ada jiwa.



Jika suatu hari nanti aku sudah tidak ada disisi, putarkan lagu ini dan bayangkan kenangan kita yang tersimpul mati sewaktu aku masih bernadi.