5/27/2011

Muzik dan rupa.

Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Sepertinya aku masih dalam mood muzik dan jiwa yang tegak berdiri. Tiba-tiba teringat tentang Alexander Rybak yang satu masa dulu, mengambil banyak waktu dari aku. Dalam sehari, video ini di ulang berbelas-belas kali. Aneh bukan? Mungkin kerana apabila muzik dan rupa bersatu, aku panggil itu sempurna. Wala.

Note : Kereta rosak di pertengahan highway. Terasa comel bila tengok ayah perhatikan Annis jadi mekanik kereta. Syukur tak rosak masa lalu hutan. Annis cakap, kat Ijok, orang selalu kena ganggu dengan 'benda terbang'. Uztazah dia kena kacau masa naik motor. Ika pula kena ganggu dengan 'si dia' yang hinggap atas kereta. Setahu aku, dah ramai yang terkena dengan ke'angker'an area Ijok, Kuala Selangor, Puncak Alam, dan Puncak Perdana. Eh, pehal pulak gua yang terasa seram ni? (bodoh, sendiri taip, sendiri takut). Okay bye. Jangan carik aku dalam mimpi. Rasanya aku tak sempat nak basuh kaki.

No comments: