5/29/2011

Dunia blog.

Di dalam dunia virtual, aku merayau merata-merata. Mencari blog yang ada isinya. Menyelami rasa duka dan ceria si tukang cerita. Aku juga gemar memperhalusi kisah dan fakta. Sekadar untuk pengetahuan dan pengajaran. Jika aku merasakan blog itu mampu membuat aku rasai dan temui initipati, pantas sahaja aku memberikan komen di pengakhiran. Sekadar untuk mengekspresikan penghargaan : kau mampu buat aku 'ter'senyum, 'ter'gelak, 'ter'sedih, 'ter'takut, 'ter'faham, dan 'ter'fikir' tentang dunia dan kehidupan seterusnya (perkataan 'ter' di sini menunjukkan perasaan yang lahir tanpa dibuat-buat). Setelah puas membaca entri, aku rajin membuat konklusi. Setiap manusia ada pendapat dan pendirian tersendiri. Yang penting kau tahu bagaimana untuk mencanai yang baik dan menghindar yang jelik. Sekali lagi diingatkan, setiap manusia berbeza caranya melihat bentala. Jika kau tidak berpuas hati, tegurlah dengan cara yang terpuji seperti mana kau sendiri ingin miliki.


4 comments:

Ain Zulaikha said...

adakah anda terfaham or tertakut dengan entry saya baru2 ini? hehehehhe thanks jugak sebab sudi drop komen ya :)

CIK HUJAN ;) said...

I do Ain Zulaikha ;)
Welcome ;)

Adam Idris said...

Hai Orang Alor Gajah :)

Cik Hujan. said...

Hai orang Selangor :) If I'm not mistaken. HEHE.