5/31/2011

Confidence.

Cuba bayangkan. Berdiri tegak menghadap dunia. Disoroti dengan kilauan emas cahaya. Di atas pentas yang dikelilingi jutaan penonton. Kau ditertawakan orang. Dihina sebelum kau sempat mempersembahkan bakat. Adakah kau akan terus berlari ke belakang pentas untuk meminta simpati? Adakah kau akan menangis ringan untuk memperlihatkan kesedihan? Atau sekadar tersenyum kelat namun di hati bagai disiat-siat? Hanya orang-orang yang pernah mengalami keadaan ini mampu untuk memberi jawapan. Hakikatnya, terlalu ramai yang dipersendakan orang hanya kerana cuba untuk menemui impian. Sedar tak sedar, setiap kali kau cuba bermimpi, ada sahaja yang berkata "kau patut berpijak pada realiti". Tapi kenapa kau tak pernah bangkit untuk cakap "aku punya harapan dan akan temui jalan. Hanya Allah yang akan tentukan"? Ya aku tahu, kau tak boleh berkata apa-apa kerana kau masih belum mempunyai hasil dari cita-cita. Tapi bukankah sekurang-kurangnya, sindiran itu patut ditutup dengan semangat yang berapi? Pekakkan telinga dan teruskan perjalanan seperti esok tiada lagi. Aku tak nampak di mana rasional nya, berhenti apabila dikeji. Sekiranya kau melihat sekeliling, orang lain berlari mengejar kejayaan sementara kau jauh tertinggal di belakang. Jangan bersedih, masa kau akan tiba. Aku juga pernah melalui fasa ini kerana kita sama-sama manusia. Percayalah, Allah memberikan yang terbaik pada masa yang terbaik. Klasifikasikan sahaja jatuh semasa perjalanan adalah normal. Cuma jangan jadi askar yang takut di medan peperangan, kecut menikus mencari perlindungan. Kau harus faham, kau tidak keseorangan, kau cuma perlukan keyakinan.

This writing was inspired by this video.
video
Note : Rupa dan tubuh badan yang menarik bukanlah segala-galanya dalam hidup. Susan Boyle is one of the evidence. She secretly told me that the key to success is confidence :)

"Everyone laughed at you"
"But no one is laughing at you now"

4 comments:

Yuslizar said...

fuhh pas tgk video 2!!! cm terase diri ni sgt2 konfiden!!!:)

CIK HUJAN ;) said...

Thats the spirit! ;)
Yang penting, keyakinan! ;)

nama saya fatimah dan saya bukan pengganas said...

i guess that's what Amir ML felt when he was on stage.
poor guy.hate his comics but sure love his confidence & inner strength..

(was a silent reader. first time to drop a comment. nice blog. keep it up!)

Cik Hujan. said...

I feel touched ;D Thank you so much for your compliment ;D (At least Amir has the guts to try :) InsyaAllah, he can improve if he takes extra effort and never give up :))