Showing posts with label youtube recommendation. Show all posts
Showing posts with label youtube recommendation. Show all posts

8/13/2011

Muzik dan hati.



Walaupun sekadar modifikasi dari Moonlight Sonata oleh Beethoven dan Unaccompanied Cello Suite No. 1 in G Major oleh Johann Sebastian Bach, kedua-dua seni ini sudah berpuluh kali aku playback. Nampaknya, aku adalah salah seorang manusia yang apabila wujud suka, keghairahannya jatuh tahap gila. Mungkin kerana untuk sesetengah perkara, jiwa aku sukar untuk menerima, lantas sebarang hormon deras yang hadir untuk sesuatu atau seseorang, aku hulurkan tangan dan pegang.

Note : Sepanjang cuti empat bulan ni, dah lama tak dengar rock music. Seriously, I'm still into it. Cuma sekali sekala tukar selera, apa salahnya. Barulah ada rasa puas dalam mencuba. Cuba try Olafur Arnalds pula. Dia seperti Stephen Sharp Nelson juga, ada jiwa.



Jika suatu hari nanti aku sudah tidak ada disisi, putarkan lagu ini dan bayangkan kenangan kita yang tersimpul mati sewaktu aku masih bernadi.

6/14/2011

Miniature Wonderland.

Miniature : 1) A very small painting of a person 2) A small scale copy or model of any object (The Oxford Dictionary of Current English for Malaysian Students, 1988)

Sejak dari umur aku kurang dua digit lagi, aku sudah jatuh cinta dengan seni miniature. Aku tak boleh tahan diri aku dari menunjukkan perasaan teruja, setiap kali ternampak model mini, walaupun sekadar rumah anak patung barbie dalam movie Toy Story (masih ingat lagi?). Dengan itu, aku selalu imagine untuk berada di dalam situasi seperti ini : 1) orang mini tercedera dan terserempak dengan aku 2) aku selamatkan dia dan adopt dia jadi kawan baik aku 3) aku buatkan dia rumah mini yang lengkap dengan perkakasan rumah 4) we live together happily ever after. Thus, untuk jadikan impian aku kelihatan lebih realistik : 1) aku gunakan pasu bunga nenek sebagai kota buatan. Aku rasa enjoy bila tengok semut-semut tu happy dengan kehadiran kota penempatan yang aku binakan. Tapi sekarang semuanya tinggal kenangan. Semut-semut dah pindah, pasu-pasu bunga tumbuh lalang.

Kalau boleh, suatu hari nanti, aku nak pergi Northern Germany. Ada permanent exhibition of miniature yang cantik gila dan awesome! Therefore, I am highly suggesting to all the readers that coincidentally or intentionally reading this entry to visit the website of Miniatur Wunderland to see all the gorgeous and wonderful world of miniature! I'm sure you can't resist the beauty of Switzerland, Scandinavia, America, Hamburg, Alps Australia, Knuffigen, and Harz. In addition, you also can't resist to see the fake-real life in urban and rural as well as train travel and airport circulation. Train bergerak menggunakan flex track, pemandangan malam dijana dengan LED, dan sekecil-kecil aktiviti manusia macam jatuh basikal pun diberikan perhatian. Aku akan masukkan ini dalam list impian aku. Aku akan masukkan ini dalam list impian aku. Aku akan masukkan ini dalam list impian aku. But first of all, I want my own 'kingdom of miniature' dan mengambil seekor hamster yang jelita sebagai rakyat jelata.






Official Corporate Video of Miniatur Wunderland

Note : Ada sesiapa jatuh cinta dengan miniature juga? Boleh kita ke Northen Germany bersama.

5/27/2011

Muzik dan rupa.

Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Sepertinya aku masih dalam mood muzik dan jiwa yang tegak berdiri. Tiba-tiba teringat tentang Alexander Rybak yang satu masa dulu, mengambil banyak waktu dari aku. Dalam sehari, video ini di ulang berbelas-belas kali. Aneh bukan? Mungkin kerana apabila muzik dan rupa bersatu, aku panggil itu sempurna. Wala.

Note : Kereta rosak di pertengahan highway. Terasa comel bila tengok ayah perhatikan Annis jadi mekanik kereta. Syukur tak rosak masa lalu hutan. Annis cakap, kat Ijok, orang selalu kena ganggu dengan 'benda terbang'. Uztazah dia kena kacau masa naik motor. Ika pula kena ganggu dengan 'si dia' yang hinggap atas kereta. Setahu aku, dah ramai yang terkena dengan ke'angker'an area Ijok, Kuala Selangor, Puncak Alam, dan Puncak Perdana. Eh, pehal pulak gua yang terasa seram ni? (bodoh, sendiri taip, sendiri takut). Okay bye. Jangan carik aku dalam mimpi. Rasanya aku tak sempat nak basuh kaki.

5/20/2011

Muzik dan jiwa.

Sebelum ni, aku jarang sangat nak layan Youtube. Antara dua sebab kukuh yang aku boleh bagi 1) internet lembab macam biri-biri 2) I just can't found my interest. Kalau ternampak adik-adik aku berhimpit-himpit depan lappy, gelak bahagia macam esok nak kahwin : aku sekadar jeling, picit lemak Alysha, baring atas punggung Annis, dan teruskan berFB. Sebab dengan yakinnya, aku boleh cakap yang diorang tengah tengok video Korea (M-BLACK, SNSD, KARA, TARA, INVISIBLE YOUTH, bla bla bla), cover songs (Maddi Jane, Sam Tsui, Christina Grimmie, bla bla bla), video Korea lagi, cover songs lagi, dan bermacam-macam video yang seangkatan dengannya. But then, bila cuti semester aku begitu melimpah ruah banyaknya, aku rasa salah satu cara mudah untuk isi masa lapang adalah dengan browse segala macam benda yang ada dalam World Wide Web dengan pengawasan ibu bapa. HEHE. Oh baby, phewww. Macam-macam ada, rambang mata. HEHE. But the thing is aku jatuh cinta dengan alunan muzik. Untuk lebih dramatik, setiap kali aku dengar alunan violin yang begitu indah, dada terasa sebak dan air mata pun keluar. Do you think that I'm sounds like a old lady? Tak kan? Sekadar pencinta muzik kan? HEHE.

This video representing Sue Son in Semi Final of Britain's Got Talent 2009. Berdasarkan apa yang kita boleh lihat dan dengar menerusi video ini, I want to tell you that I love her! I love her! I love her! Senyap! HEHE. Essentially, I like the way she move and play the violin. In essence, I admire the way she handle herself and the accent the she pronounce. Tentang dia terpaksa tinggalkan kawan baik dia untuk join the competition, I got no words. Bagi aku, semua orang dalam dunia ni ada impian, pilihan, & peluang.

This video representing Escala in Final of Britain's Got Talent 2008. Particularly, the violinist, named Victoria Lyon, aged 27, and Izzy Johnston, aged 26. On the other hand, the viola player named Chantal Leverton, aged 27 and the cellist named Tasya Hodges, aged 29. Perkara yang paling aku suka tentang diorang ialah kegembiraan yang terpancar dari riak muka setiap kali membuat persembahan. Aku tafsirkan ini sebagai rasa cinta yang diorang ada dengan apa yang diorang lakukan dalam kehidupan. Sesungguhnya, orang semacam aku masih mencari rasa cinta seperti itu dalam kerjaya aku. Semoga satu hari nanti, kami akan bertemu.

This video representing Nutting but Stringz in Semi Final of Britain's Got Talent 2008. Believe me, you will never find violinist like Tourie and Damien Escobar during your lifetime because they play the violin with great passion which reflects from their body movement. Uniquely, grew up on the rough streets of Jamaica doesn't make them bad fighters but real survivors. Thus, this is what we should learn from them : determination to be successful no matter how poor, misfortunate, or pitiful you are. Yeah, noted.

Note 1 : Aku suggest korang tengok video version audition punye. Cool baybeh.
Note 2 : Saje share benda-benda yang menjadi kesukaan aku. Eh, ni blog aku kan?