6/11/2011

Lelaki sempurna.


Source : Google

Sesekali Roslaneffandy memberi pesan, jangan selalu sangat membaca komik 'cintan'. Hal ini mungkin berpunca dari aku yang kadang-kala terlanjur menyuarakan, betapa indahnya kalau watak lelaki di dalam komik cinta yang aku baca, wujud ke dalam dunia nyata. Dan dengan ini, aku harap dia tahu, aku sekadar berbasi-basi. Kerana aku masih percaya, pandangan yang polos dan tipikal tentang "dalam dunia, tidak wujud lelaki sempurna" adalah fakta dan real. Cuma bagi aku, jika seseorang wanita menggunakan komik cinta untuk menyampaikan mesej kepada si dia : wanita itu bukan mahu kau menjadi sempurna, dia sekadar mahu kau tunjukkan usaha sahaja. Malah, di dalam komik cinta, tak semuanya berjalan dengan mudah. Kebanyakan komik cinta yang aku baca, temui derita sebelum bahagia. Kisah si lelaki yang berlagak nak mati, kisah si lelaki layan awek macam kawan, kisah si lelaki bertepuk sebelah tangan, kisah si lelaki dua alam (errr). Tetapi, yang wanita khabarkan kepada si dia hanyalah isi-isi yang cantik di telinga sahaja. Kenapa? Kerana wanita melihat cinta itu lengkap dan indah walaupun tidak sempurna dan kelihatan cacat pada pandangan mata manusia.

"Kalau tak nak cari perfect guy, apasal banyak sangat benda yang awak demand?"
"Saya sekadar mahu awak tunjukkan usaha"
"Saya takut awak berimaginasi terlalu tinggi dan saya tidak dapat penuhi"
"Saya sekadar mahu awak tunjukkan usaha"

Tak semua wanita menggunakan komik cinta, ada yang menggunakan kisah-kisah teman, lagu, filem, dan mungkin juga drama :)

Source : Google

Note : Is it true that Seth Tan is a super duper romantic guy? I never have the chance to watch his drama.

2 comments:

Farhan Fauzi said...

hahaha~~ gua pn lyan beb cter tu.... tp tkdela trpikt ngn seth tan nie...haha... nora nelena cun tu...haha

Surat Untuk Hujan. said...

Ko pon layan? Wewitttt. HAHA. Takpe ah, aku bace novelnye je la. HEHE.