7/19/2010

Ruangan Rindu.

Ini ruangan rindu. Nak beritahu mak, akak dah mula rasa tak menentu. Sampai je Apartment Resak, laju-laju akak makan nasi dengan lauk sambal petai yang mak masak. Sedap taw mak, sebab tu akak tak nak diet dah :) Mak, Mak, Akak pun rindu kat Alysha, Mak. Haritu Akak gaduh dengan dia, sebab waktu dia tengah tidur, akak dodoikan dia dengan irama : Alysha suka Mustakim yang indah. Sorry ye dik, Along tak nyanyi lagu tu lagi dah. Lain kali Along nyanyi lagu : Alysha suka Amar Shauki lah pulak. Tapi kan Mak, Akak pun rindu sangat-sangat kat Ika & Annis. Selalunya, kalau kumpul ramai-ramai, kita mesti buat meeting tak rasmi dalam bilik pertama or ruang tamu sambil gelak kuat-kuat sampai kempis. Bila Ayah balik, cepat-cepat tengok tangan Ayah, ada bawak balik makanan ataupun tak. Akak selalu harap Ayah bawak balik bihun goreng misteri yang dah tak misteri sebab akhirnya terbongkar, bihun goreng tu, kedai Cheng Kok yang masak. So, siapa cakap Akak tak rindu Ayah? Akak rindu nak tengok Ayah pura-pura serius sebab nak tahan gelak time kita buat lawak. Em Mak, boleh tunggu Akak sebentar? Hey Mimi, kau punya pasal lah aku rindu nak makan burger depan padang keris. Dan kau Elmira, buat aku rindu nak ber-photo-shoot dalam taman. Epa pulak, bila nak pulang?

Ini ruangan rindu untuk orang-orang di Alor Gajah.

Note : Here again, Makku Cinta, Akak rindu :)

2 comments:

salmimjoned said...

sedih sampai berdera-derai air mak bacanya. terharu betul. x sangka anak mak begitu mengingati mak.

Mrs. Att :) said...

ha ha ha. biase la, akak mane ley hiduo tnpe makku cinta :D